Followers

Sunday, August 23, 2009

renungan wat bersama....

Tafsir sufi dan fadhilat 99 asma' Ul-Husna
oleh Imam Al- QusyairiJustify Full
ALLAH

Nama Allah S.W.T. tidak berasal daripada pengambilan perkataan apa pun, demikian pendapat al-Khalil bin Ahmad. Pendapat ini disokong oleh as-Shafi'ie r.a. dan ulama yang lain. Tidak sesekali-kali didapati sesuatu yang diberi nama tersebut selain daripada-Nya, yang Maha Tinggi dan Maha Suci. Oleh kerana itu, sebahagian ulama menyatakan bahawa setiap nama daripada nama-nama-Nya tidak layak digunakan untuk menghias diri. Nama 'Allah' merupakan tempat bergantung, bukan untuk dipakai. Ada yang mengatakan bahawa nama 'Allah' itu berasal daripada pengambilan kalimat atau perkataan, tetapi pecahan dan simpang-siur kalimatnya terlalu banyak, sehingga membawa erti yang saling bertentangan.

Dikatakan bahawa sedikit sekali orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati tidak dikabulkan doanya. Di sini terdapat sebuah kisah di mana seseorang telah menjual hamba perempuannya. Setelah hamba itu dijual, timbul penyesalan dalam hatinya. Dia sangat malu untuk mengatakan penyesalannya itu. Dia tidak menemui jalan lain kecuali menulis rasa hatinya itu di atas tapak tangannya sendiri, lalu mengangkat tangannya ke langit. Ketika menjelang pagi, rumahnya diketuk orang. Dia bertanya, 'Siapakah yang datang pagi-pagi begini?' Terdengar jawapan dari luar, ' Saya orang yang membeli hamba sahayamu yang sekarang saya bawa kemari untuk saya kembalikan kepadamu!' Dia berkata ,'Jika sekiranya engkau hendak mengembalikan, bersabarlah kerana aku belum memiliki wang tebusannya!' Lelaki di luar rumahnya menjawab, 'Aku tidak akan menerima wangmu, kerana aku akan memperoleh ganti yang lebih berharga daripada harga hamba sahaya ini!' Dia bertanya, 'Bagaimana caranya kamu memperoleh penggantian itu?' Lelaki itu menjawab, 'Semalam aku bermimpi bahawa Allah S.W.T. berkata kepadaku, 'Ketahuilah bahawa penjual hamba itu adalah seorang wali daripada wali-wali-Ku. Hatinya sudah tertambat pada hamba sahaya yang dijualnya itu. Jika engkau rela mengembalikan hamba itu kepada pemiliknya, maka bagimu Aku sediakan syurga.'

As-Syibli merupakan orang yang paling kerap mengucapkan, 'WAhai penonton mereka-mereka yang kehairanan, sudikah kiranya Engkau menambah kehairanan itu kepadaku?' Dzun Nun al-Misri pula berkata bahawa 'Makrifat itu dimulai dengan kehairanan, kemudian berlanjutan saling sambung-menyambung dan saling berhajat antara satu sama lain, kemudian kembali kehairanan.' Yahya bin Muaz pernah berkata, ' Andai kata lisan para arif berlegar bersama-sama manusia sebagaimana hati-hati mereka berlegar bersama Allah, nescaya mereka akan dianggap gila.

okay setakat ini saja...
akan bersambung di post yang akan datang....
selamat berbuka puasa
assalamualaikum.....

No comments: