Followers

Wednesday, February 22, 2012

Yuran tersembunyi yang mengelirukan di KLMU????

Assalamualaikum semua pembaca blogger yang masih setia bersama sy sehingga kini

kali ini saya ingin memaparkan sedikit info yang saya rasakan wajar juga buat rakan-rakan yang di luar sana mengetahui bahawa ada berlaku perkara sebegini yang akan terjadi walau di mana2 saja institusi yang akan anda pergi atau telah pergi..makanya saya tidak menunding jari kepada pihak tertentu sahaja walaupun tertera secara besar tajuk di atas sana yang membabitkan KLMU..

namun saya harap agar pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan terhadap perkara ini serta mengambil langkah untuk memperbaiki seandainya perkara ini benar..

info yang saya copy dan paste di sini saya sendiri tidak pasti tetapi bagi diri saya sendiri sebagai seorang pelajar merasakan bahawa saya patut tahu yuran apa lagi yang tersembunyi yang saya tidak tahu dan tup2 sehingga ada outstanding fees...

Apabila tamat pengajian kami dipaksa membayar yuran “outstanding” yang mengelirukan dan membebankan. Contohnya, kami yang menginap di asrama dikehendaki membayar perkhidmatan bas yang disediakan pihak kolej yang tidak terdapat di tempat kediaman kami.

Selain itu, berkenaan buku teks, kebiasaannya kami pelajar, terpaksa mengeluarkan wang sendiri utk membuat salinan nota dari pensyarah, sedangkan kami difahamkan yuran kami adalah termasuk buku teks. Perpustakaan kolej juga tidak lengkap dan tidak mempunyai sambungan internet sedangkan kami perlu membayarnya dengan nilai yg membebankan.

Dengan ini saya berharap pihak aduan rakyat memberi perhatian kepada masalah kami, pelajar di KLMU. Walaupun kerapkali iklan KLMU di tv3, ianya Indah khabar Dari Rupa, Harap diberi perhatian, ini bukan kali pertama aduan dibuat. Kasihanilah kami warga pelajar.

By: mat sani

PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

No comments: