Followers

Thursday, September 22, 2011

Aidilfitri terakhir buatnya (-_-;;


Gambar Ibu susuanku sebelah kiri, Umiku sebelah kanan pada hari raya

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua blogger2 walau di mana jua anda berada

Maafkan saya jika anda dapati entri kali ini macam agak suram sedikit..
Saya baru kehilangan Ibu susuan saya yang saya selalu panggil Mak Chaq awal pagi semalam pada jam 2 pagi.
berita ini saya terima dari adik saya Najmie yang sedang menangis teresak-esak memberitahu ibu susuan saya sudah tiada...saya yang ketika itu kaku dan hanya mampu menyebut Innalillahiwa innailaihirajiun terus bangun lalu mendapatkan kakak dan adik saya yang pada ketika itu sedang nyenyak tidur..

*************

ringkaskan cerita saya, kakak, dan adik gerak dari rumah pada jam 7.30 pagi ke Plaza Rakyat dengan menaiki lrt dan membeli tiket bas Etika yang paling awal pada jam 9 pagi
boleh di katakan sepanjang perjalanan pipi saya sentiasa di basahi oleh air mata..

Alhamdulillah kami selamat sampai di Shahab Perdana Alor Setar pada jam 3 lebih dan Umi, Najmie, Quratul Ain, dan adik bongsu saya Wahida datang menjemput..

hantar Wahida pulang ke sekolahnya, dan ke rumah di Jitra..
pada ketika itu yang ada hanyalah Anak2 perempuan arwah ibu susuan, dan besan...
saya yang pada ketika itu masih sedih hanya mampu terdiam dan melihat yang lain sembang2 antara satu sama lain..lidah kelu..xmampu nak nyatakan apa sebenarnya perasaan yang tengah rasa ketika itu..melihat Kak long ( kak sedara yg rapat dengan saya) sedang tidur keletihan dan kesedihan..

******
agak petang sedikit Kak long saya pon menceritakan bagaimana Ibu susuan meninggal di bahunya...dan bagaimana Ibu susuan teringin melihat saya kahwin..membuatkan saya bertambah2 sebak dan menangis di dalam dakapan Umi saya..

Majlis Tahlil di adakan di Masjid Tanjung Pauh..
pulangnya saya di rumah (Sintok) pada malam selepas Maghrib baru sedar yang saya membiarkan perut kosong lalu menjamah sesuatu untuk memberi tenaga untuk malam hari..

Buat arwah..terima kasih di atas segalanya..dari menjaga saya masa kecik..hinggalah besar...dan kerana berada di masa2 saya sakit..segala kenangan lalu bersama xkan saya lupakan..
kenangan raya kali ini x sangka merupakan kenangan yang terakhir..
semoga roh arwah di tempatkan di dalam golongan yang beriman..
kawan2...mari kita sama2 sedekahkan Al-fatihah buat arwah bole?

(-_-;; Mak...I love You so much...rest in peace okay..

1 comment:

N.Y. said...

takziah intan.insyaallah,semoga arwah ditempatkan di tempat org2 y beriman.selalulah sedekahkan al-Fatihah kepadanya tanda kerinduan intan kpd arwah.