Followers

Tuesday, October 20, 2009

di KaLaku terbaring.....

sering kali mase nak masuk tido jer aku dok sorang2 atas katil termenung sambil tengok kipas kat syiling tue duk pusing2..
mase tue macam2 bermain dalam mindaku
sedang mase manusia tengah lena dibuai mimpi~
aku xley nak lelapkan mate..
fikiran aku terus melayang2..lama la juge..
lebiy kurang sejam..
agaknya kalau bawak kete sekarang da sampai ke sungai petani kot..?
entahlah...
ape yang aku fikirkan..?

aku sering ingatkan diri setiap hari untuk melakukan sesuatu kebaikkan..
agar aku ley ubah cara aku dari segi pemikiran,perkataan,perasaan..
kenapa aku nak ubah perasaan? bukan mcm tue maksudnye
perasaan yang aku nak ubah ialah perasaan geram dan benci pada orang yang membuat ku merana..yang menyusahkan hidup aku..
tapi...aku terfikir semula..
wajarkah aku membencinye? layakkah aku untuk menghukumnye?
ternyata hati aku tetap berkata....biarlah...serah sahaja pada Allah..
insan yang teraniaya akan dimakbulkan doanya...aku berfikir..
kemudian fikiran aku melayang pula kepada apa yang telah aku lakukan suatu masa dahulu...
semasa aku masih mempunyai ayah...semasa arwah ada..
adakah aku menjadi seorang anak yang baik dan taat kepadanya?
sekali imbas kenangan ku bersama arwah...aku nangis dalam hati..
takut disedari oleh umiku dan adikku..
di dalam keadaan gelap gelita berlampukan night light kecil di hujung meja solek membuatkan aku bertambah sayu dan pilu..
dari pandanganku di atas perlahan2 menuju pula ke umiku...

melihat umiku yang tidur kepenatan membuatku bertambah sedih mengenangkan semula bagaimana tabahnya umiku membesarku dan adik beradikku yang lain...
ku banyak melukakan hatinya..
ku banyak melakukan sesuatu yang umiku tidak suka..
pendek kata ku bukanlah anak yang solehah..
maafkanku umi....!

sebak rasanya hati tak terhingga dengan memikirkan dosa2 ku ini...
adakah diampunkan..?

fikiranku melayang lagi....
aku teringat akan peristiwa2 yang xdapat ku lupakan..
peristiwa masa aku kecil hingga sekarang
bagaimana aku membesar,bagaimana aku membawa diriku hingga kini...
berusia 22 tahun...
pencapaian aku tetap tidak memuaskan hati..
aku xrasa macam aku dapat ape2 sangat dari ape yang aku pelajari
ku teringat suatu masa lalu ketika ku belajar di langkawi..
ketika aku baring di atas katil setelah kepenatan dengan kelas memasak..
mase tue jam 1 pagi dan mataku belum lagi mau pejam..
fikiranku seperti sekarang...melayang2...
semasa itu ku bertanya diriku....
muhasabah diri...peringatkan diriku untuk sentiasa buat yang terbaik..
sentiasa fokus pada apa yang sepatutnya..
pusing2 aku asyik2 buat bende yang x patot aku wat..
membazir mase, keje nak seronok jur, pastue nak study tue x lah sangat sebab sijil la katakan
tapi alhamdulillah nak dekat da last sem aku pulun n markah okay gak la kan..
pointer not bad..(kesedaran di saat2 akhir..mencemaskan)
tapi kadang2 aku pkir semula adakah sebab salah memilih kawan yang membuatku jadi seperti kemalasan hendak belajar..?
mungkin ya...mungkin juga tidak...?
namun jawapanku tetap mengatakan ya..kes kawan2 aku semua da malas nak blajar dah
jika tidak tentu rakan2ku akan memaksaku untuk sambung belajar selepas sudah selesai graduate kolej tue..
tapi end up semua sibuk dengan keja masing2..
pendek kata semua bagai gila dapat duit banyak disebabkan experience kami mase belajar dulu
banyak pula tempat2 yang panggil tuk interview bekerja...
tapi sekarang ramai da masuk belajar semula..alhamdulillah aku tumpang gembira buat mereka

berbalik pada apa yang menggu fikiran aku sebenarnya...

kesedihanku
selesai sudah umiku dan adikku ambilku di langkawi,
xlama selepas itu nenekku dimasukkan ke dalam wad..
sesak nafas, xdapat diselamatkan dan meninggal..
selepas itu ku mengikut kak long ke kulim bekerja di kilang membuat sarung tangan
dan atas perasaan dengki jugalah semua ini membawa kepada pembukaan kedai labu sayung dan kedai makan di situ dengan bantuan ibuku dan suami kak long...
dugaan menjadi2 apabila perniagaan itu tidak beroleh keuntungan walaupown setelah membuka kedai makan..dan juga melibatkan diri sedikit dengan bisnes lain..tetap x dapat faedah daripadanya
dengan perbincangan dan persetujuan umiku pulanglahku di sisi umiku buat seketika..
menunggu kak long bersalin...
ku bekerja di hotel seketika
dan macam2 terjadi kakaku selamat berkahwin...
(ini berita gembira macam mana ley sesat kat sini)abaikan
aku bekerja pula di Hosba..
mengharapkan juga agar kesedihan serta penat lelah selama ini akan lenyap sedikit demi sedikit..
namun timbul pula perkara lain di tempat kerja..
dan semestinya aku akan beringat selepas ini bahawa aku tidak akan sama sekali bekerja di tempat yang baru nak membangun....kerna impaknya terlalu besar dan memenatkan badan dan juga menyakitkan hati..

(mengeluh seketika) memikirkan semua ini membuatkan sel2 dlm otak aktif seakan2 aku baru bangun pada waktu pagi..
di sini ada banyak lagi yang aku tidak masukkan masalah2 kerna akan menjadikan entri ini semakin panjang hnya kerna nak menceritakan masalah2 aku itu
tapi hanya 1 yang dapat aku katakan di sini...
walau apa pon terjadi aku sentiasa kagum dan bangga dengan umi..
kerna umi adalah ibu yang tabah, yang penyabar, yang paling ku kagumi dan aku mendoakan agar ibuku sihat dan bahagia (dengan caranya yang tersendiri)
ape2 pown umi....
i hope u can do ur best 4 ure phd!

setelah selesai memikirkan semuanya itu...aku tersenyum seketika
pahit dan manis dirasai bersama2 keluargaku...

*kesedaran di pagi hari*

2 comments:

amir acap said...

waaaaa..... pndang kipas leyh ter pk cmni eyh..nak try r sok pg..hee..

intan said...

a'a ley pkir macam tue...
tapi kena muhasabah diri dulu ey..