beginning my lessons in the world full of surprises...anything is possible if you make it happen...just believe in yourself and be the person you want to be...
Ramadhan is a very important part of every Muslim’s life. Ramadhan is the month of giving and mercy, and during this month Allah blesses the believers with forgiveness and great reward.
This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals.
We should ask ourselves what we want to achieve this month, - something we will carry into our futures.
Achievement is accomplished by change. ‘How’ and ‘what’ we change are as important to consider as ‘when’ we change.
Ramadhan gives us a huge opportunity to improve ourselves and gain rewards for our actions.
Just consider how precious time is.
Our time when used well can gain us much reward, but when wasted we lose something of unimaginable value.
Therefore, whoever is merciful and giving in Ramadhan, Allah will be even more Merciful and Giving towards them and will bestow upon them countless bounties and blessings.
All praises to Allah (SWT), Lord of the worlds. As revealed in the Glorious Qur’an,
"Oh you who believe, fasting is prescribed for you as it was prescribed for those who came before you that you may keep your duty to your Lord" 2:185.
There are many actions we can take during the month of Ramadhan which will benefit us immensely.
One of these would be to take Sahoor (the pre-dawn meal) as there is great benefit in it.
The greatest blessing of Sahoor may be that Allah engulfs those who partake in it with His Forgiveness, showers His Mercy on them, while His angels ask of Him to forgive and pardon them.
Reciting the Quran has much benefit as it was in this blessed month that the Qur’an was revealed to prophet Muhammed (peace be upon him).
"Verily! We have sent you (O Muhammad) with the Truth, a bearer of glad tidings and a warner; and there is not a nation but a warner has passed among them," The Holy Quran (35:24).
"Surely this Qur’an' guides to the way that is straightest and gives good tidings to the believers who do deeds of righteousness, that theirs shall be a great reward.” The Holy Quran (17 : 11).
The importance of the Qur’an cannot be presented in a few words. It is not just another book on the shelf, but it is the words of Allah, speaking to every one of us. It is direct contact with Allah Himself. This is what we should keep in mind when we read the Qur'an or think about it.
The Giving of charity also carries much blessing and the rewards, giving during the holy month will increase your reward immensely. Zakah does not only purify the property of the contributor but also purifies his heart from selfishness and greed.
Secara amnya kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan lapisan dermis. Lapisan epidermis adalah lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung kepada bekalan darah daripada lapisan dermis.
Di dalam lapisan dermis kulit manusia, Allah telah menciptakan kelenjar-kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebum. Kelenjar ini menghasilkan lemak dari semasa ke semasa. Menurut pada saintis, tujuan penghasilan lemak-lemak ini adalah untuk melindungi kulit dan rambut daripada menyerap air. Ia juga mengelakkan kulit dan rambut menjadi kering, berkedut atau merekah. Hebat sungguh ciptaan Allah.
Sel-sel kulit manusia yang mati pula akan ditolak keluar ke lapisan epidermis, seterusnya tubuh badan akan menghasilkan sel baru. Proses ini berlaku sepanjang masa. Boleh dikatakan setiap detik, ada sahaja sel kulit yang mati di atas kulit manusia.
Sel-sel mati ini kemudiannya akan terkumpul bersama-sama lemak-lemak sebum, bakteria dan habuk di atas permukaan kulit. Permukaan kulit akan menjadi kotor. Bakteria-bakteria kemudiannya akan bertindak balas dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Inilah yang berlaku pada kulit manusia setiap hari.
Jika tidak bersihkan, ia akan mengakibatkan jangkitan kepada kulit seperti jerawat, jeragak, kanser dan sebagainya. Di bahagian muka manusia sahaja, para saintis telah menganggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi. [1]
Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”
Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wuduk perlu dilakukan dengan air suci. Anggota-anggota badan yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.
Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”
Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” [2]
Di antara anggota badan yang sunat dibersihkan pula adalah telinga. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah s.a.w. menyapu kepalanya dengan air dan kedua telinganya iaitu bahagian luar dan dalam.”[3]
Membersihkan anggota badan melebih kawasan wuduk juga dianggap sunat. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata, “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.”[4]
Di dalam Al-Umm, Imam As-Syafie menyatakan bahawa beliau lebih suka sekiranya seseorang itu berwuduk mukanya, tangannya dan kakinya tiga kali-tiga kali serta menyapu kepala tiga kali dan meratakan sapuan itu keseluruhan kepala. [5]
Kesemua “proses pembersihan kulit” ini dilakukan setiap kali sebelum solat lima waktu. Sekiranya setiap langkah diulangi sebanyak tiga kali, seseorang akan membasuh anggota wuduknya sebanyak 15 kali sehari. Sekiranya ditambah dengan solat sunat dhuha dan solat sunat witir, bilangan basuhan menjadi 21 kali.
Selain itu, seseorang juga disunatkan agar menggosok-gosok tempat wuduk. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abdullah Bin Zaid r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu beliau berkata, “beginilah.” Lalu beliau mengosok-gosok anggota wuduknya. [6]
Menggosok adalah mengenakan sedikit tekanan pada anggota wuduk. Aktiviti menekan dan menggosok ini seterusnya akan meransang beberapa titik refleksologi yang dikenali sebagai “Biologically Active Spots”, yang terdapat pada anggota-anggota wuduk. Tekanan-tekanan pada titik istimewa ini seterusnya akan merangsang saraf dan memberi tenaga serta kesegaran baru kepada angota-angota badan yang lain seperti, usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan lain-lain. [7]
Justeru, kita harus mempelajari tatacara wuduk yang betul. Wuduk yang betul bukan sahaja menjamin kebersihan, malah ia menjaga kesihatan. Dari segi rohani, wuduk yang betul membersihkan dosa. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. telah menceritakan bahawa ketika seorang muslim membasuh setiap anggota wuduk, kesalahan-kesalahan akan keluar bersama-sama dengan air basuhan tersebut. [8]
Tafsir sufi dan fadhilat 99 asma' Ul-Husna oleh Imam Al- Qusyairi
ALLAH
Nama Allah S.W.T. tidak berasal daripada pengambilan perkataan apa pun, demikian pendapat al-Khalil bin Ahmad. Pendapat ini disokong oleh as-Shafi'ie r.a. dan ulama yang lain. Tidak sesekali-kali didapati sesuatu yang diberi nama tersebut selain daripada-Nya, yang Maha Tinggi dan Maha Suci. Oleh kerana itu, sebahagian ulama menyatakan bahawa setiap nama daripada nama-nama-Nya tidak layak digunakan untuk menghias diri. Nama 'Allah' merupakan tempat bergantung, bukan untuk dipakai. Ada yang mengatakan bahawa nama 'Allah' itu berasal daripada pengambilan kalimat atau perkataan, tetapi pecahan dan simpang-siur kalimatnya terlalu banyak, sehingga membawa erti yang saling bertentangan.
Dikatakan bahawa sedikit sekali orang yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati tidak dikabulkan doanya. Di sini terdapat sebuah kisah di mana seseorang telah menjual hamba perempuannya. Setelah hamba itu dijual, timbul penyesalan dalam hatinya. Dia sangat malu untuk mengatakan penyesalannya itu. Dia tidak menemui jalan lain kecuali menulis rasa hatinya itu di atas tapak tangannya sendiri, lalu mengangkat tangannya ke langit. Ketika menjelang pagi, rumahnya diketuk orang. Dia bertanya, 'Siapakah yang datang pagi-pagi begini?' Terdengar jawapan dari luar, ' Saya orang yang membeli hamba sahayamu yang sekarang saya bawa kemari untuk saya kembalikan kepadamu!' Dia berkata ,'Jika sekiranya engkau hendak mengembalikan, bersabarlah kerana aku belum memiliki wang tebusannya!' Lelaki di luar rumahnya menjawab, 'Aku tidak akan menerima wangmu, kerana aku akan memperoleh ganti yang lebih berharga daripada harga hamba sahaya ini!' Dia bertanya, 'Bagaimana caranya kamu memperoleh penggantian itu?' Lelaki itu menjawab, 'Semalam aku bermimpi bahawa Allah S.W.T. berkata kepadaku, 'Ketahuilah bahawa penjual hamba itu adalah seorang wali daripada wali-wali-Ku. Hatinya sudah tertambat pada hamba sahaya yang dijualnya itu. Jika engkau rela mengembalikan hamba itu kepada pemiliknya, maka bagimu Aku sediakan syurga.'
As-Syibli merupakan orang yang paling kerap mengucapkan, 'WAhai penonton mereka-mereka yang kehairanan, sudikah kiranya Engkau menambah kehairanan itu kepadaku?' Dzun Nun al-Misri pula berkata bahawa 'Makrifat itu dimulai dengan kehairanan, kemudian berlanjutan saling sambung-menyambung dan saling berhajat antara satu sama lain, kemudian kembali kehairanan.' Yahya bin Muaz pernah berkata, ' Andai kata lisan para arif berlegar bersama-sama manusia sebagaimana hati-hati mereka berlegar bersama Allah, nescaya mereka akan dianggap gila.
okay setakat ini saja... akan bersambung di post yang akan datang.... selamat berbuka puasa assalamualaikum.....
Saya selalu memerhatikan orang-orang tua di kampung. Ada di antara mereka yang kadang-kadang umurnya dah lanjut tapi kesihatan sentiasa terjaga. Badan mereka sentiasa cergas. Pada pendapat saya, kadang-kadang kita perlu juga mendengar petua-petua "orang-orang lama" ini untuk amalan harian kita walaupun kita sekarang dah moden.
Pada saya amalan kesihatan yang baik perlu diamalkan seharian tidak kiralah sama ada amalan tersebut tradisional atau moden. Paling penting, kita perlu sentiasa sihat dan cantik. Itu matlamat kita.
Dalam memastikan badan kita sentiasa sentiasa sihat dan cantik perkara yang perlu diberi perhatian ialah perjalanan darah kita. Kita perlu sentiasa memastiakn perjalanan darah kita sentiasa berjalan dengan baik. Sebab itulah "orang-orang lama" mengamalkan berurut. Dengan berurut, urat-urat dalam badan kita dapat dibetulkan. Untuk perhatian intan berurut di sini bukan "massage". Berurut selalunya dilakukan oleh bidan-bidan kampung atau tukang urut tradisional.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melancarkan peredaran darah. Namun begitu pada kali ini saya ingin berkongsi petua untuk melancarkan perjalanan darah sekaligus dapat membantu melangsingkan badan serta menyihatkan badan.
Petua kali ini ialah meminum air suam. Nampak mudah kan. Amalkan meminum air suam pada awal pagi selepas bangun daripada tidur. Minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Mengapa minum air suam ini penting? Sebenarnya, untuk pengetahuan intan badan kita terdiri daripada 80% air. Oleh sebab itu, untuk memastikan sistem dalam tubuh kita berjalan dengan baik kita perlu minum air suam dengan banyak. Air dalam badan kita berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan cantik.
Cuba intan amalkan sentiasa kerana "orang-orang lama" memang amalkannya dan ternyata berkesan. Kebanyakan mereka yang mengamalkan minum air suam ini ternyata cantik dan langsing.
i bukak email Yahoo td n bace la ape yang I dapat dari website badanlangsing....