Followers

Saturday, August 8, 2009

kena amik taw nieh....

petua untuk kesihatan

merawat darah tinggi

amalkan minum air limau nipis dua kali sehari, akan meredakan penyakit darah tinggi anda.

caranya:

ambil sebiji limau nipis perah airnya ke dalam gelas,

setelah itu campurkan dengan air sejuk sebanyak satu gelas,

jika anda gemar bolehlah dicampurkan dengan sedikit gula sebagai perasa.

lakukan cara ini sehingga darah tinggi anda beransur turun,

anda boleh amalkan setiap hari dengan minum air limau nipis ini pagi dan petang.

insya- Allah anda akan dapati hasilnya memuaskan.

selamat mencuba....!

petua untuk kecantikan

petua telur licinkan kulit

jika anda mengalami masalah kulit muka yang kasar,

anda boleh gunakan putih telur untuk menegangkan dan

melicinkan kulit anda....

caranya:

bersihkan muka anda dan keringkan,

setelah itu ambil sebiji putih telur dan isikan ke dalam piring kemudian sapukan putih telur

tersebut di semua bahagian muka anda.

biarkan kering beberapa minit. biarkan putih telur tersebut melekat pada

kulit anda selama 1 jam,

anda seharusnya tidak bercakap ketika itu.

setelah itu, barulah anda bersihkan dengan air suam.

lakukan cara ini sehari sekali sebelum tidur.

anda akan dapati kulit anda menjadi halus dan licin...

peringatan!

petua putih telur ini sesuai bagi golongan 30-an sahaja..

harap maklum..

bubye....!


No comments: