hiiii....U all dah habis puase ganti ke belum nih?
kalau belum...
cepat2 taw..
xlama dah nie kita nak posa....
hari ini Last day I puasa ganti...
Alhamdulillah....
lega rasanya jiwa...
puasa ganti I start mula2 tue
i dan puasa 2 hari jer pastu bz dengan macam2 kerja harian...
hingga saat akhir baru nak kalut2 plak...
jangan jadi macam I taw...
oleh kerana Bulan Ramadhan akan menjelang x lama lagi..
I nak share dengan U all pasal Bulan Puasa jugak lah aper lagi kan...
x sabar rasanya I nak sambut Bulan Ramadhan nie...
ok...mula2 I nak share ape yang bace kat lam intenet lah...
dan I olah2 sikit....
sama2 kita menghayatinya...
selamat membaca!
definisi puasa:
menahan diri daripada makan dan minum termasuk perkara yang membatalkan puasa
mulai terbit fajar sidik sehingga tenggelam matahari..
tahukah anda...
ada beberapa kategori puasa yang perlu diketahui...?
i) Puasa Fardhu/Wajib- Bulan Ramadhan,Puasa Qada' & Nazar
ii) Puasa Sunat- Puasa Enam( Syawal selepas Hari Raya Aidilfitri),
puasa pada hari-hari yang ditetapkan seperti hari Isnin dan Khamis..
puasa hari 9-10 bulan Muharram, puasa pada hari "aman" -13/14/15 setiap bulan kecuali
Zulhijjah, puasa pada hari Nisfu Syaa'ban - sebagai latihan "Pre-Ramadhan"
antara syarat2 wajib puasa ialah:
islam, baligh,mumaiyyiz, berkemampuan/kudrat ( untuk puasa)
hikmat puasa pula ialah:
meninggikan taqwa, sihat tubuh badan - penghadaman, mengurangkan penyakit kronik,
melatih sifat belas kasihan terhadap golongan miskin,
menghancurkan hawa nafsu jahat termasuk syahwat,
menghancurkan mazmumah-penyakit hati spt sangka buruk, mengata, mengumpat dll.
beberapa info2 untuk dihayati bersama....
diambil dari Panduan Ibadah Puasa Ramadhan dari Scribd.com
Ramadhan dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagai syahrul azhim mubarak,
yakni bulan yang sangat agung dan berlimpah keberkatan serta kebaikan...
Bulan yang pada bulan sepuluh hari pertamanya tercurah rahmat,
sepuluh hari keduanya berlimpah maghfirah (ampunan)
dan sepuluh hari terakhirnya pembebasan dari api neraka.
apakah yang dikatakan puasa yang berjaya???
Ibadah Ramadhan yang berjaya dan terbaik adalah yang berhasil meraih
ketaqwaan dan boleh mempertahankannya untuk selama sebelas bulan berikutnya.
untuk mencapai kejayaan ini ada beberapa hal yang harus dilakukan.
Pertama meningkatkan kualiti puasa yang tidak hanya
menahan diri daripada makan dan minum tetapi juga melatih jiwa untuk
boleh berfikir dan berperilaku hidup Islami.
Kedua, meningkatkan interaksi dengan al-Quran. Inilah hikmahnya Al-Quran
diturunkan pada bulan Ramadhan agar kita mengambil
iktibar untuk melebihkan intensiti membaca, memahami dan mengikut tuntutan Al-Quran
Ketiga memperhatikan aturan-aturan Allah dan tidak dilanggar agar terbentuk kedisplinan diri
untuk tidak menyeleweng dari garis ketentuan Allah.
Keempat beri'tikaf di masjid pada 10 hari terakhir yang menandakan dekatnya
hubungan kita dengan Allah kerana selalu berada di dalam masjid ,
dengan jalan zikir,ibadah dan takafur.
ini pula soalan lazim puasa dan jawapan ringkas...
soalan: seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,
adakah sah puasanya?
jawapan: sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan
terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.
soalan: seseorang yang mengalami keadaan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya
kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
jawapan: tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.
soalan: apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian
teringat kembali yang dia berpuasa?
jawapan: sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa
maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t kepadanya".
soalan: Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hati
seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan?
jawapan: tidak sah niat tersebut
soalan: apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan
yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
jawapan: harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri
b. Kerana menjaga kesihatan anak
Keterangan :
a. kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada' sahaja.
b. kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga keshiatan anak bukan dirinya,
wajib qada' dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari
c. kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada' sahaja
okay...setakat itu saja...ada info baru nanti I kongsi lagi dengan U all...
bye2
No comments:
Post a Comment