salam sejahtera intan,
Saya selalu memerhatikan orang-orang tua di kampung. Ada di antara
mereka yang kadang-kadang umurnya dah lanjut tapi kesihatan
sentiasa terjaga. Badan mereka sentiasa cergas. Pada pendapat saya,
kadang-kadang kita perlu juga mendengar petua-petua
"orang-orang lama" ini untuk amalan harian kita walaupun kita
sekarang dah moden.
Pada saya amalan kesihatan yang baik perlu diamalkan seharian tidak
kiralah sama ada amalan tersebut tradisional atau moden.
Paling penting, kita perlu sentiasa sihat dan cantik. Itu matlamat
kita.
Dalam memastikan badan kita sentiasa sentiasa sihat dan cantik
perkara yang perlu diberi perhatian ialah perjalanan darah kita.
Kita perlu sentiasa memastiakn perjalanan darah kita sentiasa
berjalan dengan baik. Sebab itulah "orang-orang lama" mengamalkan
berurut. Dengan berurut, urat-urat dalam badan kita dapat
dibetulkan. Untuk perhatian intan berurut di sini bukan
"massage". Berurut selalunya dilakukan oleh bidan-bidan
kampung atau tukang urut tradisional.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melancarkan peredaran darah.
Namun begitu pada kali ini saya ingin berkongsi petua untuk
melancarkan perjalanan darah sekaligus dapat membantu melangsingkan
badan serta menyihatkan badan.
Petua kali ini ialah meminum air suam. Nampak mudah kan. Amalkan
meminum air suam pada awal pagi selepas bangun daripada tidur.
Minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Mengapa minum air
suam ini penting? Sebenarnya, untuk pengetahuan intan badan kita
terdiri daripada 80% air. Oleh sebab itu, untuk memastikan sistem
dalam tubuh kita berjalan dengan baik kita perlu minum air suam
dengan banyak. Air dalam badan kita berfungsi untuk mengangkut
oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita
dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan
cantik.
Cuba intan amalkan sentiasa kerana "orang-orang lama" memang
amalkannya dan ternyata berkesan. Kebanyakan mereka yang
mengamalkan minum air suam ini ternyata cantik dan langsing.
i bukak email Yahoo td n bace la ape yang I dapat dari website badanlangsing....
haahahah...!
No comments:
Post a Comment